Rawatan Luka Kecil & Penjagaan Luka Lanjutan
Luka kecil seperti luka terhiris atau akibat terjatuh, serta luka yang sukar sembuh, memerlukan penjagaan yang sesuai untuk membantu proses penyembuhan dan mengurangkan risiko jangkitan.
Di klinik kami, kami menyediakan rawatan luka kecil dan penjagaan luka lanjutan (Advanced Wound Care), termasuk pemeriksaan, pembersihan dan pemantauan luka mengikut keadaan serta keperluan setiap pesakit.
Penjagaan yang betul amat penting, terutamanya bagi luka yang mengambil masa lama untuk sembuh atau memerlukan rawatan berulang. Pemeriksaan doktor membantu menentukan kaedah penjagaan yang bersesuaian bagi menyokong proses pemulihan.
Setiap luka memerlukan penjagaan yang betul untuk membantu proses penyembuhan.
Book Appointment Bersama Kami


