Perkhidmatan Diagnostik & Imbasan Lengkap Untuk Anda
Pemeriksaan alatan perubatan moden membantu doktor melihat dan menganalisis keadaan kesihatan pesakit dengan lebih pantas dan tepat bagi membantu proses diagnosis.
Di klinik kami, kami menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif merangkumi X-Ray, Analisis Darah, Ujian Urin, serta imbasan Mesin 6D Ultrasound. Kemudahan ini disediakan bagi membantu menilai keadaan seperti kecederaan tulang, organ dalaman, kesihatan kehamilan, serta pengesanan awal pelbagai penyakit.
Dengan peralatan yang sesuai dan lengkap, doktor dapat membuat penilaian dengan lebih tepat serta menentukan pelan rawatan yang terbaik berdasarkan keadaan pesakit. Pemeriksaan yang tepat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Book Appointment Bersama Kami


